28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan pengasas platform fesyen sambung beri keterangan pada SPRM

    Shopee Sale

    Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyambung proses merakam keterangan pasangan pengasas perniagaan fesyen dalam talian tempatan berhubung kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

    Kenderaan membawa pasangan berkenaan tiba di pekarangan ibu pejabat SPRM, di sini, kira-kira 12.54 tengah hari.

    Hari ini memasuki hari kedua proses rakaman terhadap pasangan itu selepas mereka tampil memberi keterangan di ibu pejabat SPRM dari 2.30 petang hingga 10.30 malam tadi.

    Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes itu yang melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta.

    MENARIK:  CAP sambut baik cadangan larangan vape seluruh negara

    Setakat Isnin, beliau berkata empat saksi dari PNB, Khazanah dan Kementerian Kewangan telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan terbabit.

    Pada hari sama, SPRM juga telah menyerbu pejabat sebuah perniagaan fesyen dalam talian tempatan dan tiga premis lain serta merampas pelbagai dokumen untuk tujuan siasatan.

    Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah