29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pasangan pengasas FashionValet didakwa hari ini

    Shopee Sale

    Pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet) yang dikaitkan dengan kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini.

    Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pasangan terbabit akan dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

    Setakat 7.30 pagi pengamal media mula berkumpul di luar mahkamah untuk membuat liputan kes itu.

    Pada 28 Nov lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melengkapkan siasatan berhubung pelaburan beberapa entiti kerajaan dalam syarikat pengendali platform e-dagang itu.

    MENARIK:  Muhyiddin tiba di mahkamah untuk pendakwaan isu 3R

    Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta dalam FashionValet.

    Anwar yang juga Pengerusi Khazanah berkata arahan tegas tersebut sebagai memaknai pengumuman beliau sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan.

    Pada 2018, Khazanah dan PNB telah melabur masing-masing RM27 juta dan RM20 juta untuk pegangan minoriti masing-masing dalam FashionValet.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah