26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, April 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS teguh pertahankan Hadi terus pimpin parti

    Shopee Sale

    Abdul Hadi Awang akan terus didukung untuk mengetuai PAS untuk memastikan "perjuangan Islam terus subur" di negara ini, kata dewan ulama parti itu.

    Menurut ketuanya, Ahmad Yahaya, mereka sangat yakin ilmu yang ada pada Abdul Hadi sangat berharga.

    Keadaan itu, katanya, lebih mendesak apabila Ahli Parlimen Marang terbabit menjadi rujukan kepada gerakan Islam sama ada di Malaysia atau negara luar.

    "Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) akan terus mempertahan kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS meskipun terus mengharungi gelodak politik yang tidak menentu.

    "DUPP yakin keilmuan yang dimiliki oleh beliau sangat berharga bagi memastikan perjuangan Islam terus subur di bumi Malaysia," katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

    Abdul Hadi - yang mula diangkat sebagai pemimpin nombor satu PAS sejak lebih 22 tahun lalu - menuai kontroversi terbaru apabila mendedahkan dia bermimpi berjumpa Rasullullah SAW di Rusila, Marang.

    Melalui mimpi yang dipercayai berlaku hampir 10 tahun lalu itu, Abdul Hadi, 77, diminta agar mendamaikan perseteruan di antara kumpulan Sunni dan Syiah.

    MENARIK:  Mahathir: Saya Melayu tapi tak malu mengaku berketurunan India

    Ia kemudian mendorong bekas naib presiden parti itu, Mohd Nakhaie Ahmad, mengeluarkan pandangan bahawa Abdul Hadi wajar berundur dari mengepalai PAS.

    Abdul Hadi Awang

    Bagaimanapun, menurut Mohd Nakhaie, tidak ada sesiapa yang berani menyuarakan pandangan tersebut, sebaliknya ahli dan pemimpin PAS menyanjung Abdul Hadi secara berlebihan.

    "Haji Hadi patut berehat dah. Tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa.

    "Siapa pun tak berani nasihat supaya berehat," katanya pada 5 Nov lalu.

    Menurut Ahmad, DUPP juga teguh mempertahankan idea penyatuan ummah yang dibawa Abdul Hadi dan menganggap ia sebagai penyelesaian kepada isu kestabilan politik domestik atau antarabangsa.

    "Sesungguhnya tidak ada istilah pencen dalam perjuangan.

    "Bahkan keringat mereka yang berada dalam perjuangan ini ditagih selagi hayat dikandung badan. Ia tidak ada noktah akhir melainkan suatu ketentuan daripada Allah SWT," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah