28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Parti Wawasan negara sah jadi anggota PN – Takiyuddin

    Shopee Sale

    Parti Wawasan Negara secara rasmi menjadi parti anggota Perikatan Nasional (PN) selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lepas.

    Dalam kenyataan hari ini, Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata parti itu secara sah menjadi parti anggota gabungan itu mulai tarikh sama berdasarkan peruntukan Fasal 6.5 Perlembagaan PN.

    “PN menerima pemakluman bahawa pihak RoS telah meluluskan permohonan pertukaran nama PCM kepada Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) pada 6 Julai 2026.

    MENARIK:  UiTM tak mohon buka program ‘parallel pathway’ pada bukan Bumiputera

    “Sehubungan dengan itu, Parti Wawasan Negara (Wawasan Negara) secara sah menjadi parti anggota PN atas namanya mulai tarikh tersebut berdasarkan peruntukan Fasal 6.5, Perlembagaan PN,” katanya.

    Sebelum ini, media melaporkan bekas Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan penubuhan Parti Wawasan Negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah