31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nilai transaksi Sara cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Nilai transaksi perbelanjaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion sepanjang 2025, dengan 99 peratus penerima menggunakan kemudahan bantuan tanpa tunai itu melalui MyKad.

    Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata daripada peruntukan RM5 bilion bagi Sara bulanan di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR), hampir 5.6 juta penerima menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di premis berdaftar.

    Beliau berkata Sara merupakan bantuan tanpa tunai yang disalurkan dalam bentuk kredit melalui kad pengenalan dan boleh digunakan di kedai-kedai berdaftar sebagai rakan niaga bagi membeli 14 kategori barangan keperluan asas.

    MENARIK:  NFA kes Zahid tenggelamkan semangat reformasi Anwar

    “Pendekatan ini membolehkan kerajaan memantau pelaksanaan program secara berkesan dan memastikan golongan sasar benar-benar manfaatkan bantuan bagi tujuan yang dinyatakan. Peningkatan peruntukan STR dan Sara dari tahun ke tahun ialah komitmen kerajaan dalam memperkukuhkan jaringan keselamatan sosial.

    “Bantuan ini khususnya Sara merupakan mekanisme bantuan bersasar yang membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah