Pempengaruh media sosial, Mek Yun mengakui sering membawa kedua ibu bapanya bercuti kerana mahu menghargai pengorbanan mereka yang telah membesarkannya.
Artikel Berkaitan: Mek Yun Tampil Bersuara Isu Curang, Dedah Dilabel Mentaliti Sampah – ‘Tugas Perempuan Memang Ikut Kehendak Lelaki 24 Jam Ke?’
Artikel Berkaitan: ‘Mek Yun Selalu Doa Supaya Dapat Ibu Mentua Baik & Layan Macam Anak Sendiri’
Mek Yun luang masa, harga ibu bapa
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Mek Yun berkata Mok dan Pok merupakan keutamaan dan insan paling berharga dalam hidupnya. Oleh itu, dia sanggup melakukan apa sahaja supaya dapat membahagiakan ibu bapanya itu.
Kenapa Mekyun selalu travel dengan Mok & Pok? Sebab mereka adalah keutamaan dalam hidup Mekyun.
Tak ada apa yang lebih membahagiakan daripada dapat bahagiakan dua insan yang dah berkorban segala-galanya untuk membesarkan Mekyun.
Dalam masa yang sama, Mek Yun sempat mengingatkan kepada orang ramai agar menghargai dan meluangkan masa bersama ibu bapa selagi masih diberikan kesempatan.
Orang selalu cakap, ‘Nanti lah… tunggu ada masa, tunggu ada duit.’ Tapi hakikatnya, kita tak pernah tahu berapa lama lagi Tuhan pinjamkan masa untuk kita bersama ibu bapa kita.
Jadi selagi Mok & Pok masih sihat, Mekyun akan terus bawa mereka melihat dunia.
Sumber: Threads Mek Yun
The post ‘Selagi Mok & Pok Sihat, Mek Yun Akan Terus Bawa Mereka Melihat Dunia’ first appeared on OHBULAN!.





