28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN N Sembilan: BN lancar manifesto malam esok, belum putuskan’poster boy’

    Shopee Sale

    Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 malam esok, kata Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan berkata manifesto itu disusun bagi meneruskan agenda pembangunan dan dasar yang tertangguh selepas BN kehilangan mandat pada 2018.

    Timbalan Presiden UMNO itu berkata demikian kepada pemberita selepas program santai bersama ‘Tok Mat’ dan calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chembong Datuk Zaifulbahri Idris di Rembau hari ini.

    MENARIK:  Razarudin enggan sambung kontrak selaras dengan hasrat ibu

    Mengenai poster boy gabungan itu, Mohamad yang juga calon BN bagi DUN Rantau berkata perkara berkenaan belum diputuskan.

    Tarikh pengundian awal PRN Negeri Sembilan ditetapkan pada 28 Julai manakala hari mengundi, 1 Ogos ini.

    Bagi mendapatkan berita terkini mengenai PRN Negeri Sembilan ke-16, layari

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah