31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Chegubard bebas tuduhan menghasut

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini melepaskan dan membebaskan aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard daripada pertuduhan mengeluarkan penerbitan menghasut yang didakwa akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, dua tahun lepas.

    Hakim Siti Aminah Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrul Hisham, 48, di akhir kes pendakwaan.

    “Mahkamah memutuskan bahawa tiada kes prima facie. Oleh itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan itu tanpa dipanggil membela diri,” kata hakim itu.

    MENARIK:  Warren Buffet umum bersara sebagai CEO Berkshire hujung tahun ini

    Badrul Hisham didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di laman Facebook miliknya di Taman Bukit Cheras di Kuala Lumpur, pada 12.15 tengah hari 6 April 2024 mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya,jika sabit kesalahan.

    Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman manakala peguam Muhammad Rafique Rashid Ali dan Nurmustanir Md Nor mewakili Badrul Hisham.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah