31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Cina ada China, India ada India, Melayu hanya ada Tanah Melayu – Sanusi

    Shopee Sale

    PRN NEGERI SEMBILAN | Perikatan Nasional (PN) menggunakan retorik kaum dan agama dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, dengan menyamakan kepimpinan Melayu dalam kerajaan seperti watak pengkhianat bangsa "Buang" dalam filem klasik Sarjan Hassan.

    Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa, kuasa politik dan penguasaan ekonomi orang Melayu semakin terhakis dan berdepan risiko hilang sepenuhnya dalam tempoh 10 tahun jika tiada perubahan drastik dilakukan.

    Dakwa menteri besar Kedah itu, situasi berkenaan berlaku berikutan wujudnya golongan pemimpin Melayu yang sanggup mengadaikan prinsip dan mempertahankan parti lawan demi kepentingan kuasa peribadi.

    "Ada barua-barua Melayu, orang-orang yang bersikap seperti watak Buang dalam filem Sarjan Hassan... Ada watak Buang yang jadi barua-barua Jepun, (dia) Melayu.

    "Mereka tubuh parti, himpun puak ini semua. Mereka inilah yang mengikis kuasa politik Melayu pula sebab kita kehilangan ekonomi yang begitu besar," katanya dalam ceramah perdana BN-PN di Jempol, malam tadi.

    Adegan melibatkan watak Buang dalam Sarjan Hassan

    Sanusi menegaskan bahawa Malaysia merupakan satu-satunya Tanah Melayu yang menjadi tempat perlindungan bagi masyarakat pribumi, berbeza dengan kaum lain yang mempunyai negara asal masing-masing.

    "Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada Cina, orang Kamboja ada Kamboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja," katanya dalam ceramah yang dihadiri lebih 300 hadirin.

    Sanusi turut meluahkan kebimbangan terhadap sektor ekonomi yang menurutnya masih menyaksikan pegangan orang Melayu terhenti pada kadar 18 peratus sahaja selepas 50 tahun.

    "Selepas 50 tahun tuan-tuan, kita masih berada pada tahap yang sama. Tapi kita tengok sektor politik, sektor ekonomi ini kita jumlah 18 peratus daripadanya. Sektor politik pula semakin hari semakin terhakis.

    "Orang muda-muda yang ada main game, yang tak peduli pasal parti, tak peduli pasal politik, apa tunggu 10 tahun lagi, negeri ini akan hilang kalau sebarang perubahan tak dibuat sekarang.

    MENARIK:  Bekas pemain bola sepak Kelantan, rakan mengaku tak bersalah tuduhan menculik

    "Sekarang! Bukan esok. Now! Now! (Sekarang! Sekarang!). Orang ini sebenarnya kena jawab tahu. Now! (Sekarang!) Tak boleh tunggulah," katanya.

    Sanusi turut mendakwa terdapat pihak yang sengaja memburuk-burukkan imej orang Melayu secara menyeluruh sehingga menimbulkan pandangan negatif daripada masyarakat bukan Islam.

    "Hari-hari bangsa Melayu sendiri menghentam orang Melayu. Dia dedahkan macam-macam keburukan orang Melayu.

    "Akibat satu dua peranangai, dia hentam satu Melayu peranangai serupa. Menyebabkan orang bukan Islam, bukan Melayu, pandang kita serupa," katanya.

    Pemimpin PAS itu turut melepaskan peluang menyerang Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan mendakwa ada pemimpin yang pragmatis semata-mata mahu menguasai jawatan perdana menteri.

    "Politik, liberal, plural, pragmatis, semua boleh. Asal aku boleh jadi perdana menteri. Haa, ni hal-hal terjadi ni. Di keliling dia, watak-watak Buang ni penuh, termasuk ulama sabun itu (Mohamad Sabu) itu.

    "Pertahankan DAP hari-hari. Melayu tak ada. Dia gambarkan Melayu dengan sikap yang sangat buruk.

    "Yang DAP nak buat? Malaysian Malaysia (Malaysia untuk orang Malaysia). Tak ada bangsa, semua bangsa Malaysia. Itu tujuan DAP. Nak kena sedar menarik. Tak sedar 10 tahun lagi, tak tahulah siapa Melayu, siapa bangsa lain," katanya.

    Sanusi juga menggesa penyatuan semula antara PAS dan Umno demi mempertahankan agama dan bangsa.

    "Sesuatu mesti dilakukan sekarang. Kena buatlah ini, formula lain tak ada. Kena berpadu, PAS dan Umno, jangan pecahlah," katanya.

    Pada PRN Negeri Sembilan, PN dan BN mengadakan kerjasama dengan masing-masing bertanding di 11 dan 25 kerusi untuk mengelak persaingan bertindih.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah