28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Calon PSM ada RM1,600 dalam BSN, rumah teres kos rendah

    Shopee Sale

    Ketika ramai ahli politik sering dikaitkan dengan mengumpul kekayaan dan menambahkan aset, Parti Sosialis Malaysia (PSM) terus mengekalkan amalan mewajibkan semua calonnya mengisytiharkan harta bagi menjamin ketelusan dan akauntabiliti.

    Calon PSM bagi DUN Rahang, S Tinagaran, mengisytiharkan harta bersih sebanyak RM206,600 menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

    Berdasarkan Akuan Berkanun (SD) yang diisytiharkan di hadapan Pesuruhjaya Sumpah pada 22 Julai lalu, Tinagaran mempunyai wang tunai dan simpanan sebanyak RM1,600 dalam akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

    Bagi pemilikan hartanah, dia memiliki sebuah rumah teres kos rendah satu tingkat yang dibeli pada September 2010, dengan nilai pasaran semasa dianggarkan RM180,000.

    Selain itu dia turut memiliki sebuah kereta jenis Nissan Almera yang dianggar bernilai RM25,000.

    Bercakap kepada Malaysiakini, Tinagaran berkata tugas utama seorang ahli politik adalah berkhidmat kepada rakyat, bukannya mengumpul kekayaan.

    "Saya menjalani kehidupan yang sederhana. Matlamat saya sebagai ahli politik adalah bantu rakyat. Bukan diri sendiri," katanya.

    MENARIK:  Hamas, ketua perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza

    Dia turut mencabar calon lain yang bertanding di DUN Rahang supaya mengisytiharkan harta masing-masing.

    "Saya cabar mereka untuk mengistiharkan harta perbadi untuk menunjukkan ketelusan mereka kepada pengundi di sini," katanya.

    Mengenai sumber pendapatan, Tinagaran yang menetap di Taman Tuanku Jaafar, Sungai Gadut bersama isteri dan tiga orang anak, mengendalikan perniagaan Pusat Tuisyen Samudera.

    Pusat tuisyen milik isterinya, Mariyai Devi Nadarajah, itu meraih pendapatan bulanan seisi rumah kira-kira RM6,000 selepas ditolak kos operasi.

    Pada PRN kali ini, Tinagaran berdepan saingan empat penjuru menentang penyandang Desmond Siau Meow Kong (DAP-PH), Yap Siok Moy (MCA-BN) dan Tang Jay Son (Bersatu).

    DUN Rahang mempunyai 19,715 pengundi berdaftar yang layak mengundi pada 1 Ogos ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah