Komposer terkenal AG Coco, menzahirkan kegusarannya terhadap penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan sesebuah lagu yang didakwa diaplikasikan secara tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak.
Artikel Berkaitan: AG Coco Dedah Sebab Hujan Jarang Terima Tawaran, Demi Jaga Eksklusiviti
Artikel Berkaitan: AG Coco Akui Sakit Buah Pinggang Ganggu Aktiviti Harian
Perbalahan tentang AI

Ketika ditemui , AG atau nama sebenarnya Mohd Hezry Mohd Hafidz, 41, menjelaskan tentang perbalahannya di Threads dengan individu yang dipercayai seorang pensyarah.
Menurut AG, individu berkenaan didakwa mendedahkan kepada orang ramai cara menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan lagu tanpa mengambil kira nilai seni yang menjadi asas kepada proses penciptaan sesebuah karya.
Dia banyak buat single dan album jadi dia mengajar orang untuk buat lagu AI dan masuk dalam platform penstriman, jadi boleh dapatkan royalti, menjana duit dan macam-macam lagi.
Dia menganggap ini sebagai penghasilan konten, tapi dari segi apresiasi seni kita akan kalah sebab dari awal kita patut menghargai proses dan kesusahan untuk buat lagu.
AG juga menegaskan bahawa realiti industri muzik ketika ini tidak semudah yang disangka kerana rata-rata platform penstriman sudah mula menolak lagu-lagu yang dijanakan oleh AI sepenuhnya.
Dia tak mahu mendengar apa yang saya sampaikan dan sekat saya. Dia malah mendakwa dirinya adalah seorang AI Music Executive Producer dan ada buat kelas.
Kalau betul dia ialah seorang pensyarah, kita sepatutnya berdebat secara intelektual dan fakta. Saya bukan anti AI, saya cuma nak beritahu apa yang salah dan memperbetulkan.
Ya, dia buat untuk menjana duit tapi sekarang perlahan-lahan lagu AI sudah ditolak di kebanyakkan platform.
Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan dia punya lagu AI sebab tak boleh dapat royalti, tak boleh nak masuk apa-apa pertandingan nyanyian dan sebagainya.
AG berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar pada Khamis.
Lagu Hujan

Dalam masa sama, gitaris kumpulan Hujan itu memaklumkan bahawa lagu-lagu mereka turut didakwa digunakan sebagai data latihan AI tanpa kebenaran.
Bila buat lagu menggunakan ‘AI generate’, sumber adalah daripada lagu-lagu yang dicuri. Lagu-lagu itu yang data-datanya telah dipelajari oleh AI dan tidak mendapat keizinan daripada penulis dan komposer.
Kami periksa, lebih 80 buah lagu Hujan yang orang pakai untuk ‘AI learn’. Mereka ambil untuk ‘cover’, ketika itu ia masih boleh dimuat naik, jadi banyak lagu sudah ‘leak’.
Benda ini sangat tidak okay, sebab apabila kita memuat naik audio itu akan digunakan sebagai sumber kepada AI.
Tambah AG, penggunaan AI sebagai alat bantuan dalam proses kreatif tidak menjadi isu selagi digunakan secara beretika dan mendapat keizinan daripada pemilik karya.
Namun, AG berharap orang ramai lebih peka terhadap kepentingan menjaga hak cipta dan menghargai proses penghasilan sesebuah karya.
Berlainan kalau kita menggunakan ‘AI assist’, sebab kita memberi keizinan dan demo adalah daripada pencipta lagu itu sendiri jadi AI belajar dari situ.
Takkan habis kalau nak bercakap tentang ini dan risau orang ramai akan menormalisasikannya, cuma kita cuba sedaya upaya untuk mempertahankan apa yang sepatutnya.
The post [VIDEO] ‘Lebih 80 Buah Lagu Hujan Yang Dipakai Untuk AI Learn’ – AG Coco first appeared on OHBULAN!.





