Pempengaruh media sosial, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berasa hairan dengan segelintir netizen yang gemar membuat pelbagai andaian terhadap kehidupannya tanpa mengetahui realiti sebenar yang dilalui.
Artikel Berkaitan: Dr Fie Kongsi Kesedihan, Ditinggalkan Tanpa Sempat Difahami – ‘Sedang Ajar Diri Untuk Tetap Hidup’
‘Janda berhias’

Menerusi hantaran di Threads, Dr Afifah atau lebih mesra disapa Dr Fie berkata, dia melihat persepsi masyarakat sering berubah mengikut keadaan yang dilalui seseorang.
Rasa lucu dengan kehidupan. Bila saya sedih, ramai akan bertanya, saya okay atau tidak. Tapi bila saya sibuk bina hidup, kejar impian, kerja siang malam, soalan pula. Orang cakap, janda berhias, asyik melaram.
Menurut Dr Fie lagi, dia memilih untuk tidak mengambil hati dengan segala tanggapan negatif yang dilemparkan kerana percaya hanya dirinya mengetahui pengorbanan dan usaha yang dilakukan.
Tidak mengapa, tak semua orang nampak penat di sebalik senyuman. Apa yang penting saya tahu setiap langkah ini bukan untuk menunjuk pada sesiapa, ini adalah untuk kehidupan baharu saya.
Untuk rekod, Dr Fie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Nubhan pada 29 Ogos 2015 sebelum pasangan itu sah bercerai pada 26 Ogos tahun lalu.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3 tahun.
Sumber: Threads
The post ‘Bila Sedih Ramai Tanya Okay Tak? Bila Kejar Impian Orang Cakap Janda Berhias, Asyik Melaram’ – Dr Fie first appeared on OHBULAN!.





