25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Nazi Jerman’: AGC akan mulakan prosiding hina mahkamah terhadap Shafee

    Shopee Sale

    Jabatan Peguam Negara (AGC) memaklumkan ia akan memulakan prosiding penghinaan mahkamah terhadap peguam Muhammad Shafee Abdullah berhubung kenyataannya yang merujuk “Nazi Jerman” dalam kes titah adendum melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak.

    Dalam kenyataan hari ini, AGC berkata kenyataan tersebut dibuat dalam konteks kes yang sedang berjalan, dan merupakan “serangan serius dan tidak wajar” terhadap maruah, kewibawaan dan kebebasan badan kehakiman.

    “Walaupun peguam berhak mencabar keputusan kehakiman melalui saluran undang-undang yang sewajarnya, kenyataan awam yang mencemarkan imej mahkamah atau menggugat keyakinan awam terhadap pentadbiran keadilan tidak boleh diterima dalam sistem perundangan kita.

    MENARIK:  10 kawasan di Semenanjung catat cuaca panas tahap berjaga-jaga

    “Peguam Negara memandang serius perkara ini sebagai isu yang melibatkan kepentingan Perlembagaan dan institusi.

    “Prosiding penghinaan mahkamah akan diteruskan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang, memelihara integriti proses kehakiman, dan melindungi mahkamah daripada tohmahan serta tekanan awam yang tidak wajar,” kata AGC.

    [Berita lanjut menyusul]


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah