25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Myeg, Heitech Padu kerjasama laksana projek k'jaan

    Shopee Sale

    MY EG Services Bhd (Myeg) dan Heitech Padu Bhd hari ini mengumumkan permulaan kerjasama kedua-dua syarikat bagi memastikan kejayaan pelaksanaan pelbagai projek e-kerajaan di Malaysia.

    Myeg dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata kerjasama tersebut selaras dengan Perjanjian Kerjasama yang dimeterai oleh kedua-dua pihak pada 15 April 2024.

    “Perjanjian itu membuka jalan kepada kedua-dua syarikat untuk menggabungkan kekuatan dan kepakaran masing-masing dalam memenuhi amanah yang diberikan bagi melaksanakan projek e-kerajaan yang penting.

    "Myeg dan Heitech Padu menyasarkan bekerja secara sinergi untuk menerapkan teknologi yang paling inovatif dalam memangkin revolusi digital sektor awam dan akhirnya membolehkan perkhidmatan kerajaan disampaikan kepada pengguna akhir pada tahap yang sentiasa tinggi," katanya.

    Baru-baru ini, HeiTech Padu memperoleh kontrak daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia untuk membina, membekal, menghantar, memasang, konfigurasi, menyepadukan, menguji dan mengoperasikan perkakasan, perisian dan sistem digitalnya.

    MENARIK:  Zahid nasihat maahad tahfiz daftar, elak cicir bantuan

    Syarikat itu turut mendapat projek Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIIse) daripada Jabatan Imigresen Malaysia bernilai RM892.19 juta.

    "Setelah memulakan operasi hampir 25 tahun lalu, Myeg berharap untuk menggunakan rekod prestasi terbukti dan keupayaan teknologinya bagi menyokong serta melengkapkan Heitech Padu untuk manfaat semua pihak berkepentingan," kata Myeg.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah