30.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Murid tahun satu dimasukkan ke hospital cedera dipukul di kantin sekolah

    Shopee Sale

    Seorang murid tahun satu sebuah sekolah rendah di Shah Alam cedera dan dimasukkan ke hospital dipercayai dipukul dua murid lain dua hari lepas.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kejadian itu berkata mangsa berusia tujuh tahun dipukul oleh dua murid lelaki darjah tiga pada waktu rehat di kantin sekolah terbabit.

    "Mangsa kanak-kanak lelaki warga tempatan dimasukkan ke Hospital Shah Alam pada 15 Okt lepas dan ibu mangsa telah melaporkan kejadian di balai polis pada 9.51 malam hari yang sama.

    MENARIK:  Jangan ulas pemilihan Bersatu - Saifuddin Abdullah

    "Mangsa kini masih berada di hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun pihak polis masih melakukan siasatan dan sedang mengenal pasti kecederaan dialaminya akibat kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Iqbal justeru memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Sabryna Mohamma Taha di talian 0145130450.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah