34 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan ulas pemilihan Bersatu – Saifuddin Abdullah

    Shopee Sale

    Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Saifuddin Abdullah menasihatkan rakan sejawatnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan pengundian parti itu Sept ini. 

    Katanya, tindakan itu dikhuatiri menimbulkan kekeliruan dan mengundang pelbagai tafsiran yang kurang tepat mengenai proses pengundian. 

    "Ini bukanlah satu arahan atau gag order (arahan sekatan) terhadap ahli MPT, cuma nasihat kepada mereka. 

    "Tak perlu buat andaian atau kenyataan kerana tarikhnya (pengundian) belum diputuskan, mesyuarat pun belum dibuat,” katanya.

    Saifuddin Abdullah

    Dia mencadangkan anggota majlis itu memberikan keutamaan kepada perkara lain seperti menandatangani surat ikrar kesetiaan (bagi wakil rakyat) dan pilihan raya kecil yang mungkin berlaku.

    Bersatu berkata wakil rakyatnya yang kini menyokong kerajaan dan perdana menteri Anwar Ibrahim perlu mengosongkan kerusi parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi.

    Jumaat lalu, anggota DUN (Adun) Kuang Mohd Rafiq Mohd Abdullah dilaporkan berkata, peraturan parti termasuk syarat bertanding lima jawatan tertinggi tidak sewajarnya diubah sewenang-wenang untuk “memenuhi kepentingan individu tertentu”.

    MENARIK:  Kebakaran Putra Heights: 'Wan Fayhsal buat kenyataan palsu, berniat jahat'

    Bersatu menetapkan hanya anggota MPT yang berkhidmat dua penggal layak bertanding jawatan presiden - yang kini disandang Muhyiddin Yassin, timbalan presiden (Ahmad Faizal Azumu) dan naib presiden, Radzi Jidin serta Ronald Kiandee. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah