26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Meta biadab, turunkan ucapan takziah pembunuhan Ismail Haniyeh – PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyelar Meta dengan memberi peringatan supaya pemilik platform media sosial itu "usah jadi bacul dan perkakas rejim zalim Zionis Israel."

    "Meta sekali lagi bertindak biadab dan telah menghina perjuangan rakyat Palestin apabila menurunkan hantaran video serta ucapan takziah dan kritikan terhadap pembunuhan Almarhum Ismail Haniyeh.

    "Tidak masuk akal apabila hantaran menghormati seorang pejuang yang berusaha memerdekakan tanah airnya daripada kezaliman dan penderitaan dianggap berbahaya," katanya pada satu kenyataan hari ini.

    Ini selepas Meta menurunkan gambar di akaun media sosial milik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Gambar yang diturunkan itu memaparkan Anwar bersama pemimpin Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh di Doha, Qatar pada Mei lalu.

    Semalam, Instagram memaklumkan hantaran gambar itu diturunkan kerana mengandungi "simbol, pujian atau sokongan ke atas orang dan pertubuhan yang kami takrifkan sebagai bahaya".

    Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengecam pemilik Instagram, Meta kerana menurunkan gambar di akaun milik Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

    Bahagian Media & Komunikasi Strategik memaklumkan tindakan Meta itu ternyata memperlihatkan diskriminasi pemilik platform media sosial itu terhadap situasi di Palestin dan pemimpin negara terbabit.

    "Sehubungan itu, kami menuntut penjelasan berhubung perkara ini dan mendesak Meta memohon maaf," katanya pada satu kenyataan.

    MENARIK:  Dakwaan saya cuba 'bina semula penduduk Cina' mengarut, kata Kit Siang

    Pada 14 Mei lalu, Anwar yang dalam rangka kerja di Doha, Qatar sempat meluangkan masa untuk bertemu Ismail Haniyeh dan Khaled Marshal.

    Pada pertemuan singkat itu, perdana menteri menzahirkan ucapan takziah atas kematian ahli keluarga Ismail yang dibom rejim Zionis.

    Mereka termasuk tiga anaknya, Hazeem, Amir, dan Mohamad, serta empat cucunya.

    Bagaimanapun, semalam Ismail pula dilaporkan terbunuh dalam serangan ke atas kediamannya di Tehran, Iran.

    Dia dikatakan berada di Tehran bagi menghadiri majlis angkat sumpah presiden baharu Iran, Masoud Pezeshkian pada Selasa lalu.

    Ini bukan kali pertama hantaran oleh pihak Malaysia yang memaparkan Hamas diturunkan.

    Hantaran berkenaan pertemuan Anwar dengan Ketua Biro Politik Hamas itu sebelum ini turut diturunkan. Namun ia dikembalikan kemudiannya, dengan Meta menyatakan ia "diturunkan secara silap".

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah