27.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Public Health Malaysia Puji Fattah Amin, Hun Haqeem, Fahrin Ahmad & Kamal Adli Tolak Promosi Vape – ‘Harap Dicontohi Influencer Lain’

    Shopee Sale

    Public Health Malaysia menzahirkan penghargaan kepada beberapa selebriti tempatan atas pendirian mereka yang tidak terlibat dalam sebarang promosi produk vape di media sosial mahupun platform komersial.

    Artikel Berkaitan: ‘Paling Meluat Tengok Manusia Merokok Di Tempat Dilarang’ – Rita Rudaini

    Artikel Berkaitan: ‘Lebih 10 Tahun Jadi Perokok Tegar, Hidup Makin Bahagia Lepas Berhenti’ – Fadlan Hazim

    Selebriti tolak promosi vape

    Dalam satu perkongsian di Threads, Public Health Malaysia turut memuat naik semula artikel Kosmo! yang memetik bahawa selebriti seperti Fattah Amin, Hun Haqeem, Fahrin Ahmad dan Kamal Adli tidak pernah terbabit dalam sebarang promosi produk vape meskipun menerima tawaran bayaran yang lumayan.

    Menolak tawaran bernilai ribuan ringgit bukanlah keputusan mudah, namun mereka tetap berpegang pada prinsip dan tanggungjawab sebagai ikon masyarakat.

    Dalam hantaran yang sama, Public Health Malaysia turut menegaskan bahawa tindakan tersebut wajar dijadikan contoh oleh influencer lain dalam memilih kerjasama komersial, terutama yang melibatkan produk berkaitan kesihatan.

    Harap kekal sampai bila-bila dan dapat dicontohi influencer lain.

    Sebelum ini, Public Health Malaysia tampil menegur secara terbuka tindakan pelakon Zul Ariffin yang memuat naik foto sedang merokok di media sosial.

    MENARIK:  ‘Jasmine Project Love’ Berjaya Raih Dana RM200k, Hulur Bantuan Kepada Yang Memerlukan

    Tindakan itu disifatkan seolah-olah boleh memberi gambaran normalisasi atau promosi tidak langsung terhadap tabiat merokok.

    Sumber: Threads Public Health Malaysia

    The post Public Health Malaysia Puji Fattah Amin, Hun Haqeem, Fahrin Ahmad & Kamal Adli Tolak Promosi Vape – ‘Harap Dicontohi Influencer Lain’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah