24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri dimasukkan ke hospital kerana keletihan melampau

    Shopee Sale

    Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim dimasukkan ke hospital selepas mengalami keletihan melampau akibat jadual kerja yang padat sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

    Sim menerusi hantaran Facebooknya berkata selepas berminggu-minggu sibuk bekerja, akhirnya terpaksa masuk hospital pada hari keempat Tahun Baharu Cina.

    "Doktor nasihatkan agar berehat untuk seketika, I'll be back soon, stronger! (Saya akan kembali tidak lama lagi, lebih kuat!) Jalan teruih..kebaikan akan menyusul selepas musibah," menurut Sim di hantaran Facebooknya hari ini.

    Sementara itu, seorang pegawai medianya ketika dihubungi Bernama memaklumkan pihak mereka hanya dimaklumkan mengenai keadaan Sim selepas menteri berkenaan dimasukkan ke hospital.

    MENARIK:  Imigresen kesan 19 pelawat dikaitkan dengan isu Forest City

    Beliau yang enggan namanya ditulis berkata setakat ini keluarga Sim tidak mendedahkan secara terperinci punca menteri itu dimasukkan ke hospital namun dipercayai kemungkinan berpunca daripada keletihan melampau.

    "Keadaan beliau tidak serius cuma terlalu letih," katanya dan menambah pihak keluarga mahu Sim diberi ruang untuk berehat sepenuhnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah