Merujuk kepada banjir besar zaman Nabi Nuh AS, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa menyoal jika sesuai untuk menggambarkan banjir di Kelantan sebagai "bala tuhan" juga.
"Surah Al-Ankabut yang dipetik pemuda PAS tersebut itu pun penuh dengan kisah yang pelbagai, di antaranya kisah banjir besar di zaman Nabi Nuh AS.
"Justeru adakah wajar untuk kita katakan banjir besar yang pernah melanda Kelantan suatu ketika dahulu adalah bala yang Allah turunkan atas kesalahan mungkin beberapa pimpinan PAS Kelantan?
"Jika musibah berlaku terhadap diri sendiri atau negeri yang diperintah PAS maka ia dikatakan ujian tetapi jika musibah di negeri selainnya dikatakan bala pula," katanya.

Mohd Sharif (gambar atas) perwakilan sayap Pemuda PAS bahagian Machang, sebelum ini mendakwa kejadian lubang benam di Kuala Lumpur sebagai bala Allah SWT.





