Personaliti media sosial yang dikenali sebagai Zarif Kira, berkongsi anggaran perbelanjaan bagi seorang individu yang mahu menonton perlawanan Piala Dunia di luar negara.
Artikel Berkaitan: Sari Yanti Geli Hati Bantu Jep Hantar DM Untuk Cristiano Ronaldo – ‘Saya Tahu Awak Sibuk, Balas Mesej Ini Selepas Menang’
Artikel Berkaitan: Dari ‘Waka Waka’ Ke ‘Dai Dai’, Shakira Kekal Ratu World Cup
Kos ke Piala Dunia
Menerusi hantaran di TikTok, Zarif menyenaraikan pecahan perbelanjaan untuk seorang individu yang mahu menonton perlawanan di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Katalah saya nak tengok perlawanan Sepanyol di Los Angeles pada Julai ini. Harga tiket 4,600 USD tukar dalam ringgit berharga hampir RM19,000.
Benda yang paling besar sekali adalah visa Amerika Syarikat. Kita tak boleh ke sana tanpa visa, buat permohonan, isi borang, bayar yuran dan kebiasaannya ada interview dekat pejabat kedutaan. Kos untuk visa ini RM800.
Selain tiket perlawanan dan visa, kos penerbangan, penginapan, makanan serta pengangkutan juga antara perkara penting harus diambil kira sebelum melancong.
Penerbangan pula menaiki EVA Air, RM4,400 untuk return.
Hotel untuk seminggu dan saya cari di hotel di Los Angeles boleh dapat serendah RM360 semalam dan jumlah untuk enam malam lebih kurang RM2,500.
Makan pula kita budget untuk sehari RM250, untuk seminggu RM1,750.
Untuk pengangkutan, saya bajet RM1,500.
Bukan itu sahaja, Zarif juga berkongsi tentang kos yang mungkin akan dibelanjakan untuk membeli cenderahati semasa mengunjungi negara tersebut.
Menurut Zarif, secara keseluruhannya, kos yang dianggarkan untuk menonton Piala Dunia di Amerika Syarikat boleh menelan sehingga puluhan ribu ringgit.
Sudah sampai dekat Los Angeles mesti nak jalan-jalan, jadi dekat sini kita kena sediakan lagi RM800. Merchandise jangan lupa. Nak beli jersi, trofi..jadi dekat sini kita sedia RM1,000.
Travel insurance, esim dan emergency buffer, RM1,300. Semua sekali kalau nak pergi selama tujuh hari adalah sekitar RM33,000.
Itu untuk seorang, macam boleh beli kereta secondhand. Walaupun cukup tapi nak beli tiket tak mudah, nak dapatkan visa pun tak mudah tapi kalau dapat pergilah.
Untuk info, Piala Dunia 2026 menyaksikan sebanyak 48 pasukan bersaing dalam 104 perlawanan dan kemuncak acara dijadualkan bakal berlangsung di New Jersey pada 19 Julai.
Kejohanan bola sepak paling berprestij itu dianjurkan tiga negara iaitu Mexico, Amerika Syarikat dan Kanada.
Sumber: TikTok Zarif Kira
The post [VIDEO] Individu Kongsi Anggaran Kos Tonton Piala Dunia Di Amerika Syarikat – ‘Untuk Tujuh Hari Di Sana Sekitar RM33k’ first appeared on OHBULAN!.





