28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Intai SUV Elektrik Mesra Haiwan Peliharaan, JAECOO J5 EV Bakal Buat Kemunculan Di ‘OH MY MEOW! Expo’

    Shopee Sale

    Bagi pemilik haiwan peliharaan, meluangkan masa bersama haiwan kesayangan mereka merupakan satu momen berharga. Tak kisahlah luang masa dirumah, bersiar-siar di taman atau keluar jalan-jalan ke kafe mesra haiwan, waktu beginilah yang mengeratkan lagi bonding antara haiwan peliharaan dan pemiliknya.

    Namun, bukan mudah nak bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain menggunakan kereta. Kita memerlukan kenderaan yang selesa, praktikal dan ada ruang yang luas bukan sahaja untuk keluarga tapi haiwan kesayangan kita.

    Sedarkan akan masalah ini, OMODA & JAECOO Malaysia bakal membawakan satu pengalaman unik kepada komuniti pencinta haiwan menerusi kemunculan istimewa JAECOO J5 EV di ekspo haiwan peliharaan popular, OH MY MEOW!EXPO.

    Kenali JAECOO J5 EV, SUV elektrik mesra aktiviti harian

    Bakal dilancarkan pada Ogos 2026, korang berpeluang berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat JAECOO J5 EV buat pertama kali di OH MY MEOW!EXPO.

    JAECOO J5 EV direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden yang aktif, sama ada untuk urusan harian di bandar mahupun aktiviti hujung minggu bersama keluarga dan haiwan peliharaan.

    Sebagai sebuah SUV elektrik, JAECOO J5 EV bukan sekadar menawarkan mobiliti yang lebih lestari, tetapi turut memberi tumpuan kepada aspek keselesaan dan praktikaliti yang relevan dengan kehidupan sebenar.

    Direka dengan mengambil kira keperluan pemilik haiwan peliharaan

    Salah satu keunikan JAECOO J5 EV ialah pendekatannya yang mesra haiwan peliharaan.

    Ruangnya yang luas memberi lebih keselesaan kepada penumpang dan haiwan kesayangan sepanjang perjalanan. Material tempat duduk yang mudah dibersihkan pula membantu menguruskan bulu atau kesan kotoran dengan lebih mudah, manakala sistem pengudaraan pintar direka untuk memastikan suasana dalam kereta kekal nyaman dan selesa.

    Bagi mereka yang gemar membawa haiwan peliharaan ke kafe, taman rekreasi atau klinik veterinar, ciri-ciri ini pastinya memberi nilai tambah dalam pengalaman pemanduan harian.

    Pada masa sama, ruang bonet yang fleksibel membolehkan korang membawa pelbagai barangan keperluan seperti sangkar, makanan, peralatan rekreasi dan barangan harian tanpa mengorbankan keselesaan penumpang.

    MENARIK:  [VIDEO] KJ, Fara Fauzana, Johan & AG Selamat Turun Gunung Kinabalu

    Kolaborasi pertama seumpamanya di Malaysia

    Menariknya, OMODA & JAECOO Malaysia tampil sebagai penaja rasmi OH MY MEOW Expo!, sekali gus menjadikan ia antara kolaborasi terawal yang menghubungkan dunia automotif dan komuniti haiwan peliharaan di Malaysia.

    Kerjasama ini mencerminkan usaha jenama tersebut untuk mendekati komuniti urban moden yang melihat haiwan peliharaan sebagai sebahagian daripada keluarga.

    Lebih daripada sekadar pameran automotif, pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana sebuah SUV elektrik boleh disesuaikan dengan keperluan gaya hidup harian, termasuk perjalanan bersama haiwan kesayangan.

    Singgah & lihat sendiri JAECOO J5 EV

    Andai kata korang sedang mempertimbangkan kenderaan elektrik baharu atau sekadar ingin mengetahui lebih lanjut tentang teknologi EV terkini, jangan lepaskan peluang untuk melihat JAECOO J5 EV secara lebih dekat sebelum pelancaran rasminya.

    Kunjungi booth OMODA & JAECOO Malaysia di OH MY MEOW!EXPO dan alami sendiri keselesaan, ciri-ciri praktikal serta teknologi yang ditawarkan oleh SUV elektrik ini.

    Sertai kami di OH MY MEOW!EXPO

    Tarikh: 9 Julai 2026 – 12 Julai 2026
    Lokasi: Mid Valley Exhibition Centre, MVEC

    Antara aktiviti yang korang boleh buat bersama keluarga termasuk:-

    • Peluang melihat JAECOO J5 EV dengan lebih dekat
    • Aktiviti interaktif menarik untuk pengunjung
    • Barangan eksklusif jenama untuk dimenangi atau dibawa pulang

    Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang memeriahkan OH MY MEOW!EXPO

    Bawa keluarga, rakan-rakan dan si bulu kesayangan korang untuk menikmati pengalaman yang menggabungkan gaya hidup moden, teknologi mobiliti dan kasih sayang terhadap haiwan peliharaan dalam satu acara yang unik.

    Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow Instagram dan Facebook JAECOO.

    Berminat dengan JAECOO J5 EV? Nak tahu lebih banyak info? korang boleh klik SINI.

    The post Intai SUV Elektrik Mesra Haiwan Peliharaan, JAECOO J5 EV Bakal Buat Kemunculan Di ‘OH MY MEOW! Expo’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah