31.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN hormat keputusan pengundi Sabah

    Shopee Sale

    Perikatan Nasional (PN) menghormati keputusan yang dibuat oleh pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

    Pengerusi PN Sabah Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata gabungan politik itu turut mengucapkan tahniah kepada parti-parti yang telah memperoleh kemenangan dan menerima keputusan PRN tersebut dengan hati terbuka.

    “PN Sabah merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada jentera serta penyokong yang telah membantu dan mengundi calon-calon PN di 42 kerusi DUN (Dewan Undangan Negeri).

    MENARIK:  Influenza: 34 MRSM laksana PdPR - pengerusi Mara

    “Dengan kemenangan di kerusi DUN Karambunai, PN beriltizam untuk memperkukuh kekuatan parti pascapilihan raya umum dengan terus memperkasa struktur jentera dan merapatkan saf kepimpinan bagi mengembalikan keyakinan rakyat Sabah terhadap PN,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

    PRN Sabah ke-17 menyaksikan seramai 596 calon berentap bagi merebut 73 kerusi DUN yang dipertandingkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah