27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menara KL: Tindakan ikut undang-undang, kata Kementerian Komunikasi

    Shopee Sale

    Kementerian Komunikasi menegaskan sebarang tindakan berkaitan Menara Kuala Lumpur akan dilaksanakan mengikut lunas undang-undang, di tengah-tengah pertikaian perundangan berkenaan perjanjian konsesi mercu tanda di ibu negara itu.

    “Sehubungan dengan itu, pihak kementerian memohon agar semua pihak dapat memberikan ruang kepada proses perundangan ini berjalan dengan lancar.

    "Semua pihak yang terlibat termasuk orang ramai dinasihatkan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang boleh mengganggu proses perundangan yang sedang berjalan.

    "Kementerian Komunikasi kekal komited terhadap tatakelola yang baik dan akan memastikan perkara ini ditangani dengan sewajarnya,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

    Kenyataan itu dikeluarkan kurang sejam sebelum bekas pengendali Menara Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd (MKLSB) dan syarikat induknya, Hydroshoppe Sdn Bhd, dijadual mengadakan sidang media pada jam 11 malam.

    MENARIK:  Perolehan pesawat Hornet diputuskan lepas laporan teknikal diterima

    Kedua-dua syarikat tersebut sebelum ini menyuarakan kebimbangan mereka akan diusir secara paksa tepat tengah malam ini, walaupun prosiding undang-undang masih berjalan, bagi membolehkan pemegang konsesi baru, LSH Service Master Sdn Bhd (LSHSM) mengambil alih operasi Menara Kuala Lumpur.

    Dalam pada itu, Kementerian Komunikasi menjelaskan pihaknya sedang meneliti perkembangan terkini susulan isu pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur yang dibuat menurut perjanjian konsesi yang telah ditandatangani oleh Kerajaan.

    "Menara Kuala Lumpur adalah milik kerajaan serta pengambilalihan konsesi hanya melibatkan perubahan pengurusan dan operasi yang telah dilaksanakan melalui notis pelawaan cadangan (request for proposal – RFP iaitu suatu tender terbuka bagi projek kerjasama awam swasta - PPP) selaras dengan keputusan jemaah menteri," kata kenyataan itu lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah