26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Melaka sedia pengangkutan khas buat mahasiswa balik kampung

    Shopee Sale

    Kerajaan Melaka akan menyediakan pengangkutan khas kepada mahasiswa anak Melaka yang belajar di seluruh Semenanjung untuk pulang ke negeri ini sempena Aidilfitri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

    Beliau berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan mereka pulang beraya di kampung masing-masing.

    “Maklumat lanjut dan pihak yang akan menguruskan pengangkutan ini, kita akan umumkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Melaka Bagi Mac 2025 di Melaka, semalam.

    MENARIK:  Selangor rangka mekanisme mudahkan murid lapor kes buli - Exco

    Ab Rauf berkata selain pengangkutan khas itu, kerajaan negeri akan memberikan parkir percuma melibatkan semua kawasan petak pentadbiran pihak berkuasa tempatan bermula 1 hingga 7 Syawal.

    "Inisiatif ini diharap dapat memberi manfaat kepada seluruh rakyat Melaka dalam menyambut Aidilfitri," katanya.

    Terdahulu, lebih 2,000 penjawat awam menghadiri majlis perhimpunan itu bersama-sama kepimpinan negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah