32.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Melaka salur bantuan segera RM300 bantu mangsa banjir

    Shopee Sale

    Kerajaan Melaka akan menyalurkan bantuan segera RM300 kepada mangsa banjir di Masjid Tanah, Alor Gajah.

    Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh berkata bantuan wang tunai akan disalurkan kepada mangsa yang mendaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan terjejas justeru menyeru mereka yang terlibat untuk segera membuat pendaftaran.

    “Saya minta semua mangsa banjir yang terjejas agar bertenang dan bersabar. Kerajaan negeri akan terus berusaha mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah banjir di Masjid Tanah.

    “Saya dan keluarga serta seluruh pentadbiran kerajaan negeri memandang serius perkara ini. Kita berusaha untuk memastikan suatu kaedah baharu agar dapat menyelesaikan masalah banjir yang berlaku di kawasan Masjid Tanah dan Melaka secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan malam ini.

    MENARIK:  'Lindungi Albert, dia akan dedah siapa pegawai SPRM beri amaran'

    Sebanyak 248 mangsa daripada 14 kawasan terjejas banjir di Masjid Tanah dipindahkan ke lima PPS sejak petang tadi berikutan hujan lebat berterusan yang melanda pada sebelah pagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah