27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat dua beranak ditemukan dalam rumah, dipercayai dibunuh

    Shopee Sale

    Mayat dua beranak, masing-masing seorang wanita dan anak perempuannya, dipercayai dibunuh, ditemukan di sebuah rumah di Juru, di Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam tadi.

    Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa mayat kedua-dua mangsa ditemukan oleh suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira pukul 7.30 malam tadi.

    "Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya. Pasukan forensik juga masih berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan lanjut," katanya.

    MENARIK:  Isu vel-vel: Saravanan tetapkan 23 Mac untuk debat dengan Zamri Vinoth

    Dia berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

    Difahamkan, mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui di bahagian dapur di tingkat bawah rumah terbabit, manakala anak perempuannya yang berusia 11 tahun ditemukan di tingkat atas kediaman berkenaan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah