28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mayat dijumpai terapung di Sungai Jertih

    Shopee Sale

    Mayat dipercayai seorang lelaki tanpa identiti ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Jertih tidak jauh dari Masjid Hadhari, di Besut, Terengganu pagi tadi.

    Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima laporan penemuan mayat berkenaan pada 9.30 pagi daripada seorang lelaki yang sedang memancing.

    “Mayat berpakaian lengkap dengan kain pelikat itu dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam berdasarkan keadaan yang telah bengkak.

    “Identiti mayat belum diketahui kerana polis tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri pada mangsa.

    “Siasatan awal tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya.

    MENARIK:  PRN: Kalau gabung GRS, BN terpalit isu rasuah - Umno Sabah

    Abdul Rozak berkata mayat berkenaan dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bezah siasat dan setakat ini pihaknya mengklasifikasi kes itu sebagai mati mengejut.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah