32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nak Lantik Peguam Kes Kemalangan? Ini 6 Perkara Wajib Anda Semak

    Shopee Sale

    Seorang individu yang dipercayai merupakan seorang peguam berkongsi kepada orang ramai berkenaan tips dan kriteria yang perlu dipertimbangkan dalam memilih peguam bagi mewakili kes kemalangan.

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Tak Solat Antara Alasan Cerai Yang Famous’ – Peguam Syarie

    Artikel Berkaitan: ‘Suami Lafaz Cerai Kerana Kucing Isteri Kejar Burung Hantu Yang Dibela’ – Peguam

    Cara pilih peguam

    View on Threads

    Kata individu yang dikenali sebagai Makguam itu, pemilihan peguam yang tepat amat penting kerana kes kemalangan lazimnya melibatkan kecederaan parah dan kompleks.

    Ada beberapa tips yang dikongsi, antaranya orang ramai disarankan memilih peguam yang mempunyai kepakaran khusus dalam mengendalikan kes kemalangan jalan raya dan kecederaan peribadi.

    Undang-undang tort (kecuaian) mempunyai teknikaliti tersendiri dari segi pengiraan kuantum (jumlah pampasan).

    Peguam yang buat semua benda (general practitioner) mungkin tidak semahir peguam yang hari-hari berurusan dengan pihak insurans.

    Selain daripada itu, Makguam menegaskan peguam yang bagus akan mengamalkan komunikasi yang jelas di mana dia akan menerangkan proses mahkamah dengan bahasa yang mudah faham dan bukannya sekadar istilah Latin.

    Peguam itu juga akan memberi jangkaan masa yang realistik (kes kemalangan boleh ambil masa 1 hingga 4 tahun).

    Paling penting, peguam maklumkan anggaran tuntutan yang realistik mengikut undang-undang dan bukan menjanjikan jumlah bulan dan bintang.

    Mengemaskini status kes tanpa perlu anda ‘kejar’ peguam tersebut.

    Dalam pada itu, Makguam menekankan kepentingan ketelusan berkaitan kos disbursement atau perbelanjaan sampingan sepanjang pengendalian kes.

    MENARIK:  Tragedi Berlaku Ketika Suami Isteri Berebut Harta hingga Maut di Kebun Kelapa Sawit

    Jelasnya, selain yuran guaman, terdapat beberapa kos lain yang mungkin perlu ditanggung oleh anak guam, termasuk kos mendapatkan laporan perubatan daripada hospital, dokumen polis serta perbelanjaan berkaitan pengangkutan saksi atau pakar.

    Peguam yang telus akan menyenaraikan kos ini dengan jelas supaya tiada kejutan di akhir kes.

    Makguam turut menyarankan orang ramai supaya meneliti rekod prestasi peguam sebelum melantik mereka untuk mengendalikan sesuatu kes.

    Anda boleh bertanya tentang kes-kes yang pernah dikendalikan sebelum ini.

    Peguam yang berpengalaman tahu bagaimana untuk berunding dengan syarikat insurans untuk mendapatkan penyelesaian di luar mahkamah (out-of-court settlement) yang adil tanpa perlu melalui perbicaraan yang panjang jika tidak perlu. 

    Sebagai tip tambahan, Makguam menyarankan supaya menyemak terlebih dahulu status firma guaman melalui direktori Majlis Peguam Malaysia (Bar Council Malaysia) bagi memastikan mereka berurusan dengan firma dan peguam yang berdaftar serta diiktiraf.

    Sumber: Threads

    The post Nak Lantik Peguam Kes Kemalangan? Ini 6 Perkara Wajib Anda Semak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah