Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan maklum balas berhubung dakwaan tular seorang wanita Rohingya didakwa cuba menukar bayinya dengan bayi Melayu di sebuah hospital, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Polis Temui Lima Mayat Bayi Disimpan Dalam Kotak Kadbod Di Rumah
‘Tak pasti jangan kongsi’

Menerusi hantaran di Threads, KKM mengingatkan orang ramai agar tidak sewenangnya menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana hal itu boleh mencetuskan keresahan dan salah faham dalam kalangan masyarakat.
KKM mengambil maklum akan isu ini. Penyebaran dakwaan sensitif yang belum disahkan, apatah lagi yang melibatkan keselamatan bayi adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Maklumat yang dikongsi tanpa pengesahan boleh menimbulkan kegusaran dan ketegangan dalam masyarakat. Sebarang isu yang dibangkitkan perlu berdasarkan fakta yang sahih, bukan spekulasi semata-mata.
Pada masa sama, KKM menegaskan sekiranya benar berlaku insiden seperti yang didakwa, individu terlibat perlu segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Sekiranya wujud kejadian seperti ini, laporkan terus kepada pihak berkuasa. Tak pasti, jangan kongsi.
Sumber: Threads
The post Dakwaan Wanita Rohingya Cuba Tukar Bayi, KKM Nasihat Jangan Kongsi Berita Belum Sahih first appeared on OHBULAN!.





