32 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN sambut baik kerajaan dedah RCI TH, tapi persoal kenapa sekarang

    Shopee Sale

    PN menyambut baik keputusan kabinet untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Lembaga Tabung Haji (TH), seperti yang diumumkan hari ini.

    Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata parti itu mempersoalkan mengapa kerajaan hanya berbuat demikian sekarang sedangkan laporan berkenaan telah lama disiapkan.

    Ahmad Fadhli Shaari

    Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata kerajaan sepatutnya mendedahkan laporan itu sebaik sahaja RCI menyiapkan siasatannya, dan bukannya selepas beberapa tahun.

    “Akhirnya kerajaan setuju untuk dedah laporan RCI TH. Itu bagus, cuma persoalannya kenapa sekarang?

    “Kenapa tidak ketika laporan RCI ini siap? soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Kesalahan tidak disiasat

    Dia juga turut mempersoalkan keputusan kerajaan mengarahkan siasatan oleh pihak berkuasa disambung semula serta-merta dan mereka yang didapati melanggar undang-undang dibawa ke muka pengadilan.

    Menurutnya, tindakan itu menimbulkan persoalan sama ada kerajaan sebelum ini sengaja membiarkan pihak yang didakwa melakukan kesalahan tidak disiasat.

    “Ertinya, selama ini kerajaan sengaja membiarkan pihak yang melanggar undang-undang tidak disiasat. Sengaja membiarkan atas sebab apa?

    “Reformasi jenis apa begini jika keadilan yang sepatutnya ditegakkan segera tidak dilaksanakan. Bukankah jelas dan terang bahawa ia hanya untuk kepentingan politik semasa,” katanya.

    Dia juga mempersoalkan sama ada kerajaan menyembunyikan maklumat lain daripada pengetahuan umum.

    "Jika laporan sebegini penting pun kerajaan sorokkan bertahun-tahun, apakah jaminan ada lagi yang disorokkan oleh kerajaan? Justice delayed is justice denied," katanya.

    Minggu lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan kabinet akan bersetuju dengan cadangan mendedahkan laporan RCI berkenaan kepada umum apabila dibawa untuk pertimbangan mereka.

    Kenapa ketika kempen PRN Negeri Sembilan

    Anwar berkata dia tidak mempunyai sebarang halangan untuk mendedahkan laporan berkenaan, namun keputusan tersebut perlu dibuat mengikut prosedur melalui pertimbangan kabinet.

    MENARIK:  Malaysia antara negara disasar dalam siasatan perdagangan baru AS

    Mengulas kenyataan Anwar, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mempersoalkan langkah yang diambil kerajaan itu yang ingin mengumumkan laporan berkenaan ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sedang berlangsung.

    Tuan Ibrahim Tuan Man

    Sementara itu, Timbalan Presiden Bersatu Radzi Jidin menggesa kerajaan memberi ruang secukupnya untuk dapatan RCI itu dibahaskan di Parlimen.

    Ahli Parlimen Putrajaya itu berkata laporan tersebut membabitkan kepentingan awam kerana TH merupakan institusi strategik negara yang mempunyai kedudukan istimewa dalam kalangan umat Islam.

    “Lebih daripada sembilan juta pendeposit telah meletakkan kepercayaan mereka kepada TH.

    “Bagi sebahagian besar pendeposit, wang yang diamanahkan bukan sekadar simpanan biasa, tetapi hasil titik peluh yang dikumpulkan bertahun-tahun lamanya dengan niat untuk menyempurnakan tuntutan agama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

    Bekas menteri pendidikan itu berkata isu tadbir urus, pengurusan kewangan dan keputusan pelaburan TH bukan sahaja melibatkan aspek ekonomi dan pentadbiran, malah turut menyentuh soal amanah, integriti serta keyakinan umat Islam terhadap institusi berkenaan.

    Radzi Jidin

    Dia turut menggesa kerajaan membentangkan pelan tindakan bagi syor-syor yang masih belum dilaksanakan, selain menjelaskan sama ada tindakan telah diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melakukan salah laku atau melanggar undang-undang.

    Siasatan terhadap TH dimulakan pada Januari 2022 selepas mendapat perkenan diraja dan disiapkan pada Jun tahun yang sama.

    Ketika kerajaan memutuskan untuk menubuhkan RCI pada Julai 2021, timbalan perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob, berkata siasatan itu akan meliputi hasil audit yang dijalankan oleh firma perunding seperti PricewaterhouseCoopers (PwC), Ernst & Young (EY) dan Roland Berger bagi tempoh 2014 hingga 2020.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah