33.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Masyarakat India tak suka rumah ibadat dilabel kuil haram

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS | Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) hari ini membangkitkan rasa kurang senang mereka terhadap cara pihak-pihak tertentu menguruskan isu rumah ibadat bukan Islam – khusunya Hindu – di negara ini.

    Ketuanya B Kumaresan menegaskan, masyarakat India beragama Hindu berasa tidak selesa apabila rumah ibadat mereka yang dibina di atas tapak dipertikaikan sudah dilabel sebagai kuil haram.

    Tambahnya, isu tersebut memang dekat dengan hati penganut Hindu.

    "Kita sering mendengar istilah 'kuil haram' digunakan apabila berlaku isu berkaitan tanah atau status sesebuah kuil.

    “Saya ingin tegaskan bahawa masyarakat India tidak selesa dan tidak suka apabila rumah ibadat mereka dilabel sebagai'kuil haram," katanya ketika menyampaikan penggulungan di penghujung Muktamar PAS ke-72 di Kota Bharu, hari ini.

    Isu kontroversi membabitkan kuil Hindu di atas tanah dipertikai menjadi tumpuan sejak tahun lalu dan masih berlarutan termasuk membabitkan penggunaan istilah berkenaan oleh pelbagai pihak.

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga turut terheret dengan isu tersebut dan menerima kritikan selepas dilaporkan merujuk rumah ibadat masyarakat Hindu sebagai "kuil haram".

    MENARIK:  RCI tetap diperlukan – MP bidas SPRM siasat diri sendiri isu mafia korporat

    Dia turut dikecam susulan kenyataannya ketika majlis pecah tanah sebuah masjid di lokasi yang turut dipertikaikan, apabila menyifatkan projek itu sebagai satu "kemenangan".

    Pada 1 Ogos lalu, Anwar bagaimanapun tampil memohon maaf secara terbuka dalam satu program di Seremban.

    Sementara itu, Kumaresan berkata bagi masyarakat India, kuil bukan sekadar sebuah bangunan tetapi tempat ibadat dan tempat menjalani kehidupan keagamaan selain sebahagian daripada identiti serta warisan masyarakat Hindu.

    Katanya, mereka boleh membezakan antara status tanah atau isu kelulusan dengan kesucian rumah ibadat dan perasaan penganutnya.

    "Jika terdapat masalah dari segi geran tanah, kelulusan, peranancangan atau undang-undang, perkara itu perlu diselesaikan melalui proses yang adil dan berhemah, bukan dengan memberikan label yang boleh mengguris perasaan sesuatu kaum.

    "Saya menyeru kepada kerajaan supaya mencari penyelesaian yang lebih menyeluruh dan sistematik terhadap isu kuil-kuil yang berdepan masalah status tanah," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah