Pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias menafikan dakwaan dirinya bergaduh dengan rakan seperjuangannya, Amyza Aznan.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Paling Laju Datang & Hulur Bantuan’ – Netizen Teruja Dengan Keprihatinan Didie Alias Bantu Rakan Seindustri
Artikel Berkaitan: ‘Tak Boleh Lupa Jasa Mamy, Urus Jenazah Ayah Padahal Bekas Suami’ – Anak Didie Alias
Kecilkan ‘circle’
View this post on Instagram
Dalam satu temu bual bersama Melodi, pemilik nama Fadzilah Mohd Ali berkata bagaimanapun dia sudah lama tidak bertemu atau menghubungi Amyza kerana masing-masing sibuk dengan urusan kerja.
Menurut Didie, buat masa ini dia hanya memberikan tumpuan penuh kepada keluarganya sahaja.
Saya sudah lama tidak berjumpa dengan dia sebab kami sibuk. Untuk perkembangan suami dia, rasanya saya hanya melihat melalui media sosial sahaja.
Berbulan sudah (kali terakhir hubungi dia). Bergaduh? Nak bergaduh kenapa? Kami tidak bergaduh, masing-masing ada kerjaya sendiri dan perkara yang perlu dilakukan.
Cuma sekarang ini saya banyak fokus kepada keluarga saya dan saya tidak mahu campur urusan keluarga orang lain.
Ketika ditanya sama ada terasa hati atau tidak, Didie enggan menjawab namun memilih untuk mengecilkan lingkungan pergaulannya.
Tidak tahulah, saya rasa selepas ini saya kena kecilkan ‘circle’ saya. Kalau nak kawan dengan saya kawanlah, siapa yang tidak mahu kawan dengan saya lantak awaklah.
Saya rasa macam diri ni bila diperlukan, dicari, kalau tidak lantaklah. Awak punya pasal lah.
Sekarang pun circle saya sudah kecil. Saya hanya jumpa kawan-kawan di set penggambaran saja. Tidak seperti dulu, lepak, tidak mahu (persahabatan) itu terlalu mendalam.
Sebab nanti saya yang kecewa, rasa macam terhegeh-hegeh pula.
Jelas Didie, keputusan untuk mengecilkan lingkungan pergaulan dibuat kerana dia merasakan segala yang dilakukan selama ini tidak dihargai.
Didie berkata bahawa sekiranya dia memilih untuk tidak lagi mempunyai kaitan dengan seseorang, dia tidak akan berusaha untuk mengambil tahu tentang individu tersebut.
Mungkin ayat angkat kaki itu betul. Maksudnya bila saya berbuat demikian saya sudah tidak mahu mengambil tahu apa yang jadi dengan orang tu.
Kecuali jika Allah SWT buka semula hati saya. Saya kalau sayang orang, saya akan sayang sepenuhnya tapi bila hati sudah tertutup, saya tidak mahu ambil tahu.
Masalahnya kita terlalu baik dengan orang, tapi orang tak hargai apa yang kita buat. Saya buat bukan untuk dapat balasan tetapi simpati sebagai keluarga dan kawan.
Sumber: Melodi
The post Didie Alias Nafi Gaduh Dengan Amyza Aznan – ‘Saya Bukan Buat Untuk Dapat Balasan’ first appeared on OHBULAN!.





