30.3 C
Kuala Lumpur
Friday, September 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kutipan cukai Singapura meningkat 9.4 peratus

    Shopee Sale

    Singapura mengutip S$97.3 bilion (S$1=RM3.19) dalam hasil cukai bagi tahun kewangan 2025/2026, meningkat sebanyak 9.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Singapura (IRAS).

    Peningkatan hasil cukai itu berlaku di tengah-tengah aktiviti ekonomi dan perbelanjaan pengguna yang lebih kukuh.

    Dalam satu kenyataan hari ini, IRAS menyatakan jumlah hasil cukai yang dikutip menyumbang sebanyak 74.8 peratus daripada hasil operasi kerajaan Singapura dan 12.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

    "Selain kutipan cukai, IRAS mengagihkan hampir S$1.2 bilion dalam bentuk bayaran bantuan bagi menyokong perniagaan dan pekerja sekali gus menyumbang kepada daya tahan nasional dan pertumbuhan yang terangkum.

    “Kadar tunggakan bagi cukai pendapatan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta cukai hartanah kekal rendah pada 0.64 peratus daripada jumlah bersih cukai yang dinilai,” menurut kenyataan itu.

    Menurut IRAS, cukai pendapatan korporat meningkat kepada S$34.4 bilion pada tahun kewangan 2025, naik daripada S$30.9 bilion pada tahun kewangan 2024.

    MENARIK:  Dua peserta demo di kedutaan AS dibebas dengan jaminan polis

    Ia kekal sebagai sumber terbesar bagi hasil kutipan IRAS, menyumbang sebanyak 35.4 peratus daripada jumlah keseluruhan.

    GST merupakan penyumbang kedua terbesar iaitu sebanyak 22.3 peratus (S$21.7 bilion), meningkat daripada S$20.0 bilion pada tahun kewangan 2024, mencerminkan perbelanjaan pengguna yang lebih tinggi.

    Cukai pendapatan individu menyumbang bahagian ketiga terbesar daripada hasil kutipan IRAS iaitu pada 21.5 peratus (S$20.9 bilion), meningkat daripada S$19.1 bilion pada tahun kewangan 2024.

    Ini diikuti oleh cukai hartanah dan duti setem yang masing-masing menyumbang 7.1 peratus (S$6.9 bilion) dan 7.5 peratus (S$7.3 bilion) daripada hasil kutipan IRAS.

    Pembayar cukai terus menunjukkan pematuhan yang tinggi bagi semua jenis cukai selain mengukuhkan perananan IRAS dalam membentuk komuniti pembayar cukai yang bertanggungjawab.

    Kenyataan itu memaklumkan IRAS menyokong pematuhan cukai yang tepat pada masanya dan tepat serta menjadikan urusan mengemukakan penyata cukai dan pembayaran cukai lebih mudah selain mudah diakses melalui usaha libat urus awam yang berterusan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah