33.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Zaid: Alangkah bagusnya jika bilionair Cina hadir di muktamar PAS

    Shopee Sale

    PAS mungkin telah meraih semula kepercayaan orang bukan Islam dalam isu kebebasan beragama, namun ada lagi usaha yang perlu dilaksanakan bagi menambah keyakinan orang ramai, kata Zaid Ibrahim.

    Menurut bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru menyertai PAS itu, orang ramai perlu ditanamkan dengan kepercayaan bahawa pertubuhan politik terbabit mampu mentadbir negara.

    Misalnya, golongan ahli korporat besar dalam negara.

    “Saya tidak pasti tentang komuniti perniagaan.

    “Alangkah baiknya jika parti itu (PAS) ada kehadiran bilionair Cina (semasa perasmian muktamar) seperti Jeffrey Cheah dan Vincent Tan, (tauke) Gamuda dan IOI dan Quek Leng Chan, dan sebagainya.

    “(Tetapi) adakah mereka akan datang? Orang yang pintar memang akan mencari jaminan – itu yang saya boleh cakap,” katanya dalam hantaran di media sosial hari ini.

    Kenyataan ahli politik yang pernah menganggotai DAP itu dibuat selepas dia menyaksikan muktamar tersebut – yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan – turut dihadiri pemimpin kanan Kristian.

    MENARIK:  PRK Mahkota: Pusat mengundi awal dibuka

    Keadaan itu, katanya, menunjukkan PAS kini diyakini oleh penganut agama lain terkait kebebasan kepercayaan yang diberikan oleh parti tersebut.

    Menurut Zaid lagi, adalah sangat baik sekiranya tokoh korporat berprofil tinggi dalam kalangan masyarakat Cina turut hadir pada perasmian muktamar berkenaan semalam.

    Pada masa sama, dia yang turut pernah menjadi anggota PKR dan bertanding dalam pilihan raya dengan tiket parti itu menambah, PAS masih mempunyai masa untuk memperincikan dasar ekonominya bagi menepis tanggapan bahawa parti itu tidak mampu mentadbir negara.

    Dalam pada itu, Zaid berkata pembangkang memerlukan seorang pemimpin yang berani untuk berdepan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai kelebihan.

    Antaranya, kata Zaid, kegigihan yang berterusan dan perlu dicontohi pemimpin PAS.

    “Beliau juga kreatif, beliau mampu menjual ais krim kepada orang Eskimo,” katanya.

    “Sama pentingnya, PAS mesti bersedia membuat janji-janji yang berani. Kita hanya mempunyai tujuh bulan lagi (sebelum PRU),” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah