25.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Majlis antara agama persoal Anwar berkenaan lanjutan khidmat hakim

    Shopee Sale

    Satu kumpulan antara agama mempersoalkan sama ada Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah merujuk lanjutan tempoh perkhidmatan tiga hakim kanan kepada Yang di-Pertuan Agong, seperti yang diperuntukkan bawah Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan.  

    Majlis Perundingan Malaysia bagi Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) membangkitkan kenyataan Anwar sebelum ini bahawa prosedur mesti dipatuhi apabila hakim mencapai usia persaraan.  

    Bagaimanapun, pertubuhan itu menegaskan bahawa Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, seperti yang disebut oleh perdana menteri, tidak mempunyai perananan dalam melanjutkan tempoh perkhidmatan hakim.  

    MENARIK:  Tentera India: Pakistan lancar serangan dron, peluru berpandu - laporan

    "Perdana menterilah yang mesti merujuk lanjutan perkhidmatan kepada Yang di-Pertuan Agong," kata MCCBCHST.

    Majlis itu juga menambah, masih terdapat persoalan sama ada Anwar telah menyerahkan nama bekas ketua hakim negara Tengku Maimun Tuan Mat, presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim, dan hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan untuk lanjutan enam bulan yang biasanya diberi kepada hakim yang bersara.  

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah