26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MAIWP gesa semua pihak hormati RUU Mufti

    Shopee Sale

    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggesa semua pihak agar menghormati usaha kerajaan menggubal Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024.

    Pengerusi MAIWP Syed Kamarulzaman Syed Kabeer berkata rang undang-undang itu bertujuan memartabat serta memperkasakan institusi mufti di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan semua pihak seharusnya menghentikan tindakan yang boleh menghasut atau menanam kebencian dalam kalangan masyarakat Islam.

    Beliau berkata ini termasuk tindakan menyarankan penggantian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Profesor Madya Dr Luqman Abdullah yang tidak sepatutnya dibangkitkan.

    "Tindakan menghasut atau menanam kebencian dalam kalangan masyarakat Islam wajar dihentikan dengan segera khususnya kedudukan Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Mufti Wilayah Persekutuan kerana ia akan menghalang usaha murni kerajaan bagi mengukuhkan pentadbiran Islam di negara ini.

    MENARIK:  Trump, Anwar dijadual adakan mesyuarat dua hala

    "Perbezaan pandangan perlu ditangani dengan sifat toleransi (tasamuh) dan beradab yang menjadi teras utama dalam membangunkan sebuah masyarakat MADANI," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    Syed Kamarulzaman berkata Mohd Na'im dan Luqman dilantik ke jawatan masing-masing oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut undang-undang serta Perlembagaan berdasarkan pengetahuan selain pengalaman luas mereka dalam hal ehwal pentadbiran agama Islam.

    Pelantikan Mohd Na'im sebagai Senator adalah berdasarkan Fasal (1) Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan dan lantikan sebagai Menteri adalah mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan manakala Mufti Wilayah Persekutuan dilantik mengikut Seksyen 32 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah