Bekas perdana menteri Najib Razak tidak dibenarkan menjalani baki hukuman penjaranya di rumah.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Alice Loke Yee Ching, pagi ini menolak permohonan Najib untuk tahanan rumah.
“Dalam keadaan ini, berdasarkan alasan yang telah saya kemukakan, titah adendum tersebut bukanlah satu perintah yang sah yang dibuat dalam pelaksanaan prerogatif pengampunan.
“Saya berpendapat bahawa perintah tahanan rumah tidak boleh dilaksanakan kerana tiada peruntukan undang-undang di Malaysia yang menyediakan mekanisme sedemikian,” kata hakim itu.
[Berita penuh menyusul]





