24.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Loke harap jawatankuasa DAP Selangor ada 'CIMB'

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menggesa perwakilan Selangor parti itu supaya memilih empat ahli parlimennya ke dalam jawatankuasa pusat negeri sebagai bukti komitmen ke arah menegakkan kepelbagaian dan keterangkuman.

    Bercakap di Konvensyen DAP Selangor, dia berkata jawatankuasa negeri seterusnya harus terdiri daripada "CIMB" - "Cina, India, Melayu dan juga Singh".

    "Apa yang saya harapkan adalah, dalam barisan AJK yang akan dipilih nanti, tak kira siapa, dari 50 calon mesti ada 'CIMB'... Ada Cina ada India ada Melayu dan mesti ada Singh dalam ahli jawatan kuasa.

    "Mesti ada kepelbagaian ini. Kalau kita lihat di Selangor kita ada empat ahli parlimen. Di Puchong, Damansara, Klang dan Bangi. Empat kerusi ini sudah buktikan kepelbagaian kita," kata Loke merujuk kepada Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin, Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo, Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau dan Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan.

    MENARIK:  Tembakan di KLIA: Polis Perlis tingkat kawalan sempadan

    Dia memberitahu perwakilan DAP Selangor yang berkumpul di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam, bahawa dia tidak selalu naik ke pentas dan berkempen dalam pengundian parti.

    “Tapi saya harap daripada 15, empat orang ini wajib dalam pengundian jawatankuasa ini kalau boleh. Yang 11 lain itu terpulang tetapi ini empat pemimpin kebangsaan di peringkat parlimen, saya harap mereka diberikan mandat dan peluang oleh para perwakilan," katanya.

    Ahli Parlimen Seremban itu, bagaimanapun, dengan cepat menambah bahawa sokongannya tidak menunjukkan kurang sokongan kepada pencabar lain dalam pengundian DAP Selangor, termasuk Adun dan ahli exco negeri.

    Dia menambah bahawa DAP Selangor terus menampilkan senarai panjang pencabar berkebolehan yang mencerminkan keperluan untuk progresif dan keterangkuman termasuk dari sudut jantina.

    Perwakilan DAP Selangor hari ini mengundi untuk memilih pemimpin yang kemudiannya akan melantik antara mereka bagi jawatankuasa negeri yang baru.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah