27.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    LFL: Meritokrasi matrikulasi tak bermakna selagi kuota tak seimbang

    Shopee Sale

    Tindakan kerajaan menghapuskan halangan pelajar bukan Melayu berpencapaian tinggi untuk melanjutkan pelajaran dalam program matrikulasi adalah tidak bermakna selagi kuota 90 peratus bumiputera yang “tidak seimbang” masih ada, kata Lawyers for Liberty.

    Menurut pengarah kumpulan hak asasi manusia itu Zaid Malek, ini kerana sistem kuota itu mengabaikan hak bukan bumiputera terhadap pendidikan seperti yang dijamin di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

    "Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkannya seolah-olah satu konsesi besar telah dibuat kepada pelajar bukan Melayu. Sedangkan, ia bukanlah seperti itu.

    "Persoalan besar yang tidak ditangani Anwar ialah kuota yang jelas tidak seimbang untuk pendaftaran matrikulasi, antara pelajar bumiputera dan bukan Melayu," kata Zaid dalam satu kenyataan hari ini.

    "Perkadaran itu tidak mengikut perlembagaan dan bertentangan dengan Perkara 153 Perlembagaan seperti yang telah berulang kali ditegaskan oleh pakar undang-undang dan diabaikan oleh kerajaan Malaysia," tambahnya.

    Zaid berkata demikian ketika menjawab pengumuman Anwar pada Ahad bahawa pelajar dari semua kaum yang mendapat 10A dan ke atas dalam SPM akan diberi peluang menyertai program matrikulasi.

    "Kita jamin (pelajar mendapat) 10A ke atas, dari semua kaum itu kita beri kesempatan (mengikuti) program matrikulasi.

    "Jadi kerajaan memutuskan semua lepasan SPM yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas tanpa mengira kaum Melayu, Cina dan India serta lain-lain harus diberikan jaminan tempat oleh kerajaan.

    "Ini adalah satu keputusan berani yang dibuat Kerajaan Madani," kata Anwar pada penutupan Minggu Latihan Kebangsaan 2024 di Stadium Bukit Jalil.

    Semalam, Anwar menegaskan keputusan itu adalah untuk meredakan ketegangan kaum di negara ini.

    Mengulas lanjut, Zaid berkata pengumuman Anwar pada Ahad tidak "progresif" seperti yang digembar-gemburkan, dan tidak jelas bagaimana ia boleh memperbaiki sistem kuota yang tidak adil yang wujud pada masa ini.

    “Amat mengecewakan bahawa PM ‘reformis’ tidak menunjukkan keprihatinan terhadap struktur perkauman yang tertanam dalam program matrikulasi hasil daripada kuota kaum semasa untuk program matrikulasi.

    MENARIK:  Kerusi dikosongkan, Adun Nenggiri akan ke mahkamah

    "Menyatakan bahawa bukan bumiputera yang cemerlang layak ke matrikulasi bukanlah sesuatu yang baru; itu adalah status quo. Tambahan pula, dengan mengatakan bahawa hanya mereka yang mencapai 10A dan ke atas untuk SPM akan diberi peluang menyertai program matrikulasi mengabaikan hakikat bahawa hanya segelintir pelajar yang benar-benar mengambil 10 mata pelajaran.

    "Ia hanya mewujudkan satu lagi halangan kemasukan bukan bumiputera ke peringkat pengajian tinggi," kata Zaid.

    Dia seterusnya mendakwa bahawa pengumuman Anwar menyebabkan pelajar bukan bumiputera yang mendapat 7A, 8A, atau 9A dalam SPM mereka, terpinggir.

    "Adakah mereka tidak layak mendapat tempat di matrikulasi? Patutkah mereka dihukum dan dinafikan tempat di matrikulasi kerana warna kulit mereka?" soalnya.

    Zaid kemudiannya menuduh kerajaan Madani berpihak kepada konservatif Melayu, merugikan bukan bumiputera di negara ini, dan melanggar Perkara 153 Perlembagaan.

    Katanya, jika kerajaan benar-benar memperjuangkan keadilan dalam pendidikan, ia mesti terlebih dahulu mengakui bahawa sistem kuota semasa dalam pendaftaran program matrikulasi adalah tidak munasabah, tidak seimbang, dan tidak berperlembagaan, dan seterusnya menyemaknya semula.

    “Sebarang pengumuman kerajaan yang menjanjikan pembahagian tempat pendidikan yang lebih adil untuk bukan bumiputera hanya akan memberi sebarang makna sekiranya kuota semasa dikaji semula.

    "Ini mesti dilakukan oleh Anwar dan kerajaannya, kerana sistem kuota sekarang adalah tidak adil, menyalahi undang-undang dan akan membuat perbandingan dengan sistem aparteid," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah