26.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki didakwa atas tuduhan cubaan bunuh Trump

    Shopee Sale

    GLOBAL l Lelaki yang berdepan tuduhan merancang membunuh bekas presiden Amerika Syarikat, Donald Trump didakwa pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik pihak berkuasa AS.

    Pada 15 September lalu, seorang ejen Perkhidmatan Rahsia AS ternampak sesuatu yang kelihatan seperti laras senapang dari celah-celah pokok ketika Trump sedang bermain golf di padang miliknya di Florida.

    Ejen terbabit bertindak melepaskan tembakan ke arah objek yang disyaki senjata api, sebelum seorang saksi melihat suspek, Ryan Wesley Routh, 58, melarikan diri dari lokasi kejadian.

    Routh ditahan oleh Pejabat Syerif Daerah Martin selepas kenderaannya dikesan kira-kira 50 batu dari tempat kejadian.

    Dia sebelum ini didakwa atas pertuduhan memiliki senjata api oleh individu yang dilarang dan pertuduhan memiliki serta menerima senjata api dengan nombor siri yang dipadam.

    Kini, dia didakwa atas tuduhan cubaan membunuh seorang calon presiden, satu tindakan yang menurut Pengarah FBI, Christopher Wray, "mengancam asas utama sistem demokrasi kita."

    Dokumen mahkamah turut mendedahkan bahawa Routh meninggalkan sepucuk surat yang mengandungi peranancangan niatnya.

    MENARIK:  Lagi kes kereta rempuh gajah melintas

    Surat hasil tulisan tangan itu yang dialamatkan kepada "Dear World", menyatakan antara lainnya, "Ini adalah cubaan membunuh Donald Trump tetapi saya sangat kesal kerana gagal melaksanakannya."

    Jika sabit kesalahan, Routh berdepan hukuman penjara seumur hidup.

    Pada Julai lalu, Trump mengalami kecederaan di telinga kanan akibat terkena tembakan semasa menghadiri kempen di Pennsylvania.

    Suspek ditembak mati oleh pasukan keselamatan tidak lama selepas kejadian. Seorang penonton dilaporkan maut, manakala dua lagi mengalami kecederaan dalam insiden itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah