34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPDN sita produk keropok ikan guna logo halal tidak sah

    Shopee Sale

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 880 kotak produk keropok ikan bernilai RM40,299 yang menggunakan logo halal tidak sah dalam serbuan di sebuah kilang memproses makanan di Hutan Melintang, dekat Teluk Intan pagi semalam.

    Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamaluddin Ismail, berkata serbuan kira-kira 11.30 pagi itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan menemui sejumlah produk keropok ikan yang ditandakan dengan logo halal palsu.

    "Pemeriksaan mendapati pemilik kilang gagal mengemukakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Menurutnya, kes disiasat di bawah Perintah 8 (a), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 kerana memperaku makanan sebagai halal tanpa kebenaran sah.

    MENARIK:  PM diminta bersuara dalam isu keganasan di Bangladesh

    Beliau berkata pihaknya turut menemui 1,750 liter minyak diesel dan 136 kilogram minyak masak peket tanpa permit, dengan nilai rampasan RM5,065, menjadikan jumlah keseluruhan rampasan RM45,364.

    “Pemilik juga gagal mengemukakan sebarang surat kebenaran atau lesen untuk menyimpan barang kawalan diesel dan minyak masak daripada Pengawal Bekalan.

    “Kita telah membuka dua kertas siasatan mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah