34.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM diminta bersuara dalam isu keganasan di Bangladesh

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Beberapa ahli parlimen kerajaan menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, untuk segera campur tangan dalam krisis keganasan terhadap penganut Hindu di Bangladesh.

    RSN Rayer (PH-Jelutong) berkata Anwar juga digesa bersuara untuk menamatkan keganasan terhadap penganut Hindu di negara itu.

    Sebagai ahli parlimen yang beragama Hindu, katanya, dia dan beberapa yang lain merayu Anwar agar campur tangan selepas ada berita menyatakan bekas perdana menteri negara itu, Sheikh Hasina Wazed Sheikh Mujibur Rahmah, mendakwa kerajaan sementara melakukan keganasan.

    Untuk rekod selepas kejatuhan Sheikh Hasina, Bangladesh ditadbir oleh kerajaan sementara pimpinan pakar ekonomi, Muhammad Yunus Muhammad Dula.

    “Sebelum ini ketika saya bangun untuk bertanyakan soalan di Dewan Rakyat berkenaan keganasan di Palestin, perdana menteri telah memberi jaminan bahawa di mana-mana sahaja berlaku keganasan, perdana menteri akan campur tangan dan mempertahankan golongan minoriti yang menjadi mangsa kekejaman di seluruh pelusuk dunia.

    MENARIK:  Duta asing turut beri penghormatan terakhir kepada Pak Lah

    “Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk merayu dan memohon kepada yang berhormat perdana menteri untuk campur tangan dan memberi perhatian kepada perkara ini,” katanya di dalam sidang media hari ini.

    Hadir sama ahli Parlimen Klang, V Ganabatirau, S Kesavan (Sungai Siput) dan P Prabakaran (Batu).

    Serangan terhadap penganut Hindu dilaporkan berlaku selepas perdana menteri Sheikh Hasina dijatuhkan. Mereka didakwa menjadi sasaran kerana dianggap sebagai penyokong ahli politik terbabit serta partinya, Liga Awami.

    Ogos lalu, Anwar menegaskan bahawa dia mendapat jaminan daripada Yunus bahawa hak rakyat Bangladesh termasuk golongan minoriti akan dilindungi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah