Pelakon dan usahawan, Hanis Zalikha berpendapat menjaga waktu tidur anak adalah antara asas paling penting dalam membentuk perkembangan yang sihat sejak bayi.
Artikel Berkaitan: Hairul Azreen Hantar Mesej Romantis Setiap Malam Kepada Hanis Zalikha – ‘Walau Sudah 10 Tahun, Saya Rasa Macam Baru Bercinta’
Artikel Berkaitan: Hanis Zalikha Syukur Dapat Hairul Azreen, Miliki Prinsip Hidup Sama – ‘Kami Sangat Gila Dalam Percintaan’
Cara didikan anak

Kata Hanis, setiap keluarga mempunyai gaya keibubapaan yang berbeza namun penjagaan waktu tidur anak merupakan asas penting yang memberi impak besar kepada tumbesaran mereka.
Setiap keluarga mempunyai gaya yang berbeza.
Tetapi jika ada satu perkara sahaja yang boleh saya kaitkan dengan hampir semua aspek penting adalah menjaga waktu tidur anak.
Ini adalah asas utama kerana perkara itu membentuk segalanya dari seawal bayi, daripada tumbesaran, pembentukan disiplin, perkembangan mental, keupayaan mengawal emosi, ketinggian, fokus dan banyak lagi yang boleh saya senaraikan.
Dalam pada itu, Hanis juga menasihatkan agar ibu bapa tidak hanya bergantung kepada pengalaman peribadinya semata-mata sebaliknya turut merujuk pada pakar.
Saya boleh bercakap panjang lebar tentang pentingnya tidur awal dan tidur yang berkualiti.
Tetapi jangan hanya ambil daripada kata-kata saya, baca kajian, dan dengar pandangan pakar.
Sumber: Instagram
The post Hanis Zalikha Tekan Kepentingan Rutin Tidur Kanak-Kanak – ‘Itu Adalah Asas Utama Kerana Segalanya Terbentuk Seawal Bayi’ first appeared on OHBULAN!.





