25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    'Kontroversi ekoran salah faham' – Teresa Kok jumpa Jakim

    Shopee Sale

    Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, yang kini disiasat polis ekoran kenyataannya berkenaan pensijilan halal, mengadakan pertemuan dengan Halal Development Corporation (HDC) hari ini.

    HDC adalah badan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

    Kok berkata dia bertemu dengan Timbalan Ketua Pengarah Jakim Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia Mohamad Zamri Mohamed Shapik dan pengurusan tinggi HDC di Parlimen hari ini.

    Menurutnya, pertemuan itu semasa mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Kewangan dan Ekonomi yang turut disertai Jakim dan HDC bagi membuat pembentengan berhubung promosi pensijilan halal.

    “Nampaknya kontroversi pensijilan halal ini berlaku atas sebab salah faham daripada pelbagai pihak. Saya rasa lebih baik bagi Jakimuntuk memberi penjelasan mengenai isu ini.

    “Mesyuarat jawatankuasa berkenaan usaha pensijilan halal ini dijalankan dalam suasana yang mesra,” katanya di Facebook.

    Pemimpin DAP itu berkata Sirajuddin hadir ke mesyuarat itu selepas memberi keterangan kepada polis di Bukit Aman berhubung siasatan terhadapnya.

    Terdahulu, laporan polis dibuat ke atas Kok selepas dia berkata cadangan mewajibkan pensijilan halal kepada restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan daging babi dan alkohol akan membebankan peniaga kecil, termasuk milik Melayu.

    MENARIK:  Ibu Syamsul Haris dibenarkan tarik balik notis usul laporan bedah siasat

    Ia selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jakim sedang mempertimbangkan cadangan itu.

    Kenyataan Kok mengundang kecaman, terutama daripada Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyifatkan Kok masuk campur dalam urusan agama Islam.

    Kok kemudian mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada Akmal untuk menuntut ganti rugi RM25 juta atas dakwaan memutar belit kenyataannya mengenai isu tersebut.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah