25.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes ibu kelar anak: Enam individu diambil keterangan bantu siasatan – polis

    Shopee Sale

    Polis telah mengambil keterangan enam individu bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak lelaki maut dipercayai dikelar ibunya, di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, di Johor Bahru pada Sabtu.

    Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata individu tersebut termasuk suami, ahli keluarga dan jiran telah memberikan kerjasama yang baik dalam siasatan kematian kanak-kanak berusia setahun enam bulan itu.

    Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan lengkap berkaitan tahap kesihatan wanita berusia 32 tahun, tersebut untuk mengetahui sama ada individu itu mempunyai masalah mental.

    “Siasatan awal mendapati, memang wanita tersebut ada rekod kesihatan tetapi kita masih menunggu laporan penuh dari pihak hospital.

    “Wanita terbabit sekarang ini (dalam tahanan reman) di Hospital Permai, Tampoi dan turut menjalani rawatan sebab ada sedikit kecederaan tetapi, setakat ini dia memberikan kerjasama,” katanya pada sidang media selepas meninjau Tapak Bazar Ramadan Plaza Angsana di Johor Bahru hari ini.

    MENARIK:  Bersama tapi terpisah: Hasrat berbeza parti komponen PH untuk PRN Sabah

    Kumar berkata motif kes tersebut masih dalam siasatan.

    Wanita tersebut direman tujuh hari di Hospital Permai di Johor Bahru, bagi membantu siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, wanita tersebut turut menghantar gambar anaknya yang telah dikelar kepada suaminya menerusi aplikasi WhatsApp.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah