28.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kes bunuh remaja: Polis tumpu aspek selisih faham, ambil dadah

    Shopee Sale

    Polis akan menumpukan aspek perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan dalam siasatan bagi mengenal pasti motif pembunuhan remaja perempuan Yap Xin Yuan.

    Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya masih menunggu laporan dan keputusan toksikologi bagi mengukuhkan elemen siasatan dalam kes itu. 

    "Kita masih menunggu keputusan toksikologi sama ada si mati (mangsa) ada menggunakan sebarang bahan dadah.

    "Selagi tidak dapat keputusan itu (toksikologi dan bezah siasat), tidak boleh kata dia mengambil dadah atau overdose," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam hari ini.

    Hussein berkata keadaan mayat yang reput ketika ditemukan pada Sabtu lepas menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal lain.

    Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan teman lelaki mangsa terlibat dalam membuang mayat remaja perempuan itu. 

    "Sama ada orang lain ada bantu buang mayat itu atau tidak, ia masih dalam siasatan," katanya.

    MENARIK:  Kenapa video HD untuk Mkini, SPRM dapat video kurang jelas - Azam

    Sebelum ini, media melaporkan polis menahan tiga suspek termasuk teman lelaki remaja itu, masing-masing berumur 16, 20 dan 51 tahun bagi membantu siasatan.

    Remaja berusia 15 tahun itu dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di sebuah gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras pada 19 Dis sebelum mayatnya ditemukan di RTB Sungai Changgang, Kuala Langat 10 hari kemudian. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah