30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keputusan kes video sumbang Aliff Syukri Jumaat ini

    Shopee Sale

    Mahkamah Sesyen di Sepang menangguhkan tarikh keputusan kes membabitkan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang menghadapi empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang, kepada 14 Mac.

    Hakim Ahmad Fuad Othman menetapkan tarikh itu pada prosiding hari ini, yang sebelum ini ditetapkan bagi keputusan pada akhir kes pendakwaan terhadap usahawan berkenaan.

    Aliff Syukri diwakili peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, Mohd Radzlan Jalaludin dan Hasshahari Johari Mawi, manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Faten Hadni Khairuddin.

    MENARIK:  ULASAN | Elit politik Malaysia perlu muhasabah dari insiden di Indonesia

    Pada 13 Okt 2022, Aliff Syukri, 38, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagram miliknya, iaitu aliffsyukriterlajaklaris dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

    Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah