28.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas oleh serangan Israel

    Shopee Sale

    Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi mengesahkan bahawa kemudahan nuklear Iran tidak terjejas dalam serangan terbaharu Israel.

    “Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat dan terus menjalankan tugas penting mereka.

    “Saya menyeru agar berhati-hati dan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan bahan nuklear dan bahan radioaktif lain," kata Grossi menerusi platform media sosial X pada Sabtu malam, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

    Serangan udara Israel di wilayah Iran pada Sabtu mencetuskan kecaman global, menimbulkan kemarahan yang meluas serta gesaan yang mendesak untuk gencatan senjata segera.

    MENARIK:  MP PKR harap BN N Sembilan hormat perjanjian k'jaan perpaduan hingga tamat penggal

    Kerajaan di peringkat serantau dan antarabangsa mengecam serangan terbabit, menekankan ketegangan yang semakin meningkat di Timur Tengah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah