26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluasan tanah rizab Melayu hampir 5 juta hektar setakat Jun 2024

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Jumlah keseluruhan keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Semenanjung Malaysia adalah seluas 4,955,870.89 hektar setakat 30 Jun 2024, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii.

    Beliau berkata jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 2,533,150.8 hektar atau 104.55 peratus, berbanding data terawal keluasan TRM yang direkodkan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG) pada 1947 iaitu seluas 2,422,720 hektar.

    Bagaimanapun jumlah itu tidak termasuk Pulau Pinang dan Melaka yang tidak mempunyai enakmen TRM.

    “Perkara berhubung TRM adalah di bawah bidang kuasa negeri, meskipun begitu, isu berkaitan TRM sentiasa dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) yang diwujudkan di peringkat Persekutuan yang berperananan merundingkan perkara-perkara berhubung tanah antara Kerajaan Persekutan dan Kerajaan Negeri,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

    MENARIK:  'Perniagaan tak boleh bayar gaji minimum patut gulung tikar'

    Beliau menjawab soalan Young Syefura Othman (PH-Bentong) yang ingin tahu tindakan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan keluasan TRM tidak berkurangan dan mekanisme untuk mengatasi isu-isu berbangkit berkaitan TRM.

    Menjelas lanjut, Huang berkata selaras keputusan Mesyuarat MTN ke-69, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berperananan sebagai penyelaras untuk pengumpulan data TRM dengan beberapa sesi libat urus bersama pentadbiran tanah negeri dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diadakan bagi mendapatkan data TRM yang tepat.

    Beliau berkata data itu kemudiannya digunakan oleh NRES dalam mewujudkan satu sistem pangkalan data TRM berpusat untuk rujukan bagi tujuan pembangunan akan datang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah